fb fb fb fb fb

Longkang tersumbat di Pulau Pinang jadi tempat biak Aedes

Foto BERNAMA

SEBERANG JAYA, 27 Februari- Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor Negeri Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pulau Pinang bagi dua lokaliti hotspot di Seberang Jaya telah mengesan saluran longkang tersumbat sebagai tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Seramai 21 pegawai terlibat dalam Ops Ganyang Denggi itu, selain turut menerima bantuan daripada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Seberang Perai Tengah (SPT) dan Seberang Perai Utara (SPU).

Pegawai Kesihatan Persekitaran Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor Negeri JKN Pulau Pinang, Wazir Khalid  berkata banyak longkang-longkang tersumbat dan tidak diselenggara dengan baik.

"Walaupun tempoh masa bagi lokaliti itu panjang iaitu 86 hari dan 36 hari, masing-masing mencatatkan jumlah kes sebanyak 33 kes dan empat kes.

"Kita melihat terdapat satu premis yang mengubah suai bangunan sehingga menyebabkan longkang tersumbat, walaupun bukan bidang kuasa kami Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), namun kesan dan impaknya yang kami hadapi adalah longkang- longkang tersumbat dan berlaku longgokan simen simen keras sehingga menyebabkan air bertakung, kemungkinan boleh menyebabkan pembiakan nyamuk Aedes, itu yang merisaukan pihak kami," katanya kepada pemberita di sini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM