fb fb fb fb fb

'Long Tiger' direman hingga 18 Januari

JOHOR BHARU, 6 Januari- Lelaki Rohingya, Long Tiger atau Abd Hamim Ab Hamid, 32 tahun dihantar ke Penjara Sungai Udang, Melaka bagi menjalani reman dan kuarantin sehingga 18 Januari.

Proses itu dibuat sebelum pertuduhan dibuat di Mahkamah atas kesalahan melakukan ugutan jenayah.

Pemangku Ketua Polis Johor, Datuk Khaw Kok Chin berkata, lapan rakan subahatnya warga tempatan juga akan dituduh sebaik mendapat kebenaran daripada Pejabat Peguam Negara.

Ia melibatkan tujuh lelaki dan seorang wanita berusia 30an hingga 40an.

"Kami dapati suspek mengupah kawan untuk menghantarnya dengan menaiki motosikal, kemudian diberikan upah,"

"Bahkan bantu dia (Long Tiger) bersembunyi dan beri dia basikal," jelasnya dalam satu sidang media.

Long Tiger berdepan satu lagi pertuduhan mengikut Seksyen 244 kerana lari daripada tahanan.

Media Baharu