fb fb fb fb fb

Loji Rawatan Air Batu Kitang bakal hasilkan 884MLD sehari

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi /Foto RTM

KUCHING, 28 Mac - Loji Rawatan Air Batu Kitang bakal mempunyai kapasiti pengeluaran air sebanyak 884 Juta liter sehari MLD dengan siapnya kerja menaiktaraf loji tersebut Julai depan.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi berkata ia merupakan penambahan pengeluaran tambahan sebanyak 104 MLD.

Pada masa ini Loji Rawatan Air Batu Kitang yang dikendalikan oleh Lembaga Air Kuching berupaya mengeluarkan 780 MLD sehari

Proses menaiktaraf tersebut juga menyaksikan peningkatan margin rizab loji tersebut kepada 12 peratus daripada 5 peratus pada masa sekarang.

Menurut beliau kerja menaiktaraf secara fizikal loji kedua telah siap dan kini pihak kontraktor sedang menjalankan proses ujian dan pengoperasian.

Kerja menaiktaraf yang melibatkan kos RM107 juta merupakan usaha berterusan kerajaan negeri untuk membekalkan air bersih terawat dan memberi manfaat kepada pelanggan di Kuching, Petra Jaya, Santubong, Rambungan, Sampadi, Demak Laut serta sebahagian kawasan di Samarahan yang diselia oleh Jabatan Bekalan Air Luar Bandar.

Dato Sri Julaihi mendedahkan demikian semasa sesi lawatan kerja ke Loji Rawatan Air Batu Kitang di Kuching hari ini.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD