LLM jangka 3.49 juta kenderaan di lebuhraya bersempena Aidilfitri

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menyambut baik keputusan kerajaan memberikan diskaun tol sekitar 50 peratus kepada kenderaan persendirian bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

RINGKASAN BERITA AI
  • Diskaun tol untuk Kelas 1 dan Kelas 2 di Jambatan Pulau Pinang; tidak termasuk BSI, PLUS dan Laluan Kedua Malaysia-Singapura.
  • Pelaksanaan diskaun bermula 12.01 tengah malam esok hingga 19 Mac 2026, 11.59 malam, bersempena Aidilfitri.
  • Peningkatan trafik dijangka di lebuh raya utama dan laluan sambungan, khususnya pergerakan ke utara, selatan dan Pantai Timur.
  • LLM jangka jumlah trafik puncak 3.49 juta kenderaan; unjuran tertinggi 2.30 juta di lebuh raya Kumpulan Plus; rancang perjalanan.

LLM menerusi kenyataan memaklumkan, diskaun tersebut melibatkan kenderaan Kelas 1 serta Kelas 2 di Jambatan Pulau Pinang di semua lebuh raya, kecuali di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura.

Pelaksanaan diskaun itu akan bermula esok (Rabu), pada pukul 12.01 tengah malam hingga 19 Mac 2026, jam 11.59 malam, bersempena cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka disambut pada 21 dan 22 Mac ini.

LLM turut memaklumkan, peningkatan trafik dijangka berlaku di lebuh raya utama serta laluan sambungan bermula seawal Rabu, khususnya melibatkan pergerakan pengguna ke arah utara, selatan dan Pantai Timur.

Secara keseluruhan, jumlah trafik pada hari puncak di lebuh raya utama dan lebuh raya sambungan dianggarkan mencecah 3.49 juta kenderaan dengan unjuran trafik tertinggi , 2.30 juta di lebuh raya Kumpulan Plus.

Manakala bagu lebih raya sambungan ke lebuh raya utama pula unjuran trafik tertinggi pula di Lebuhraya Duta – Ulu Kelang (DUKE) sebanyak 295 juta .

Sehubungan itu, pengguna lebuh raya dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal serta mematuhi arahan pihak berkuasa bagi memastikan perjalanan lancar sepanjang musim perayaan.