fb fb fb fb fb

Liputan 4G di Melaka disasar capai 100 peratus pada 2025

Pengarah SKMM Melaka, Syed Isa Alsagoff 

MELAKA, 24 Mac- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Melaka optimis sasaran liputan 4G di negeri itu mampu mencapai 100 peratus pada 2025.

Pengarahnya, Syed Isa Alsagoff berkata, sehingga Mac ini capaian liputan 4G di Melaka telah mencecah 99.78 peratus.

Katanya, jika berjaya, Melaka akan menjadi negeri kedua mempunyai capaian liputan 4G, 100 peratus selepas Lembah Klang, manakala liputan 5G di Melaka pula telah mencapai kadar 88.3 peratus.

"Jadi akan datang untuk 5G ini kita tengah tunggu daripada kerajaan Persekutuan untuk yang 'dual network 5G' , jadi mungkin akan ada lagi perancangan di mana kita memperluaskan lagi liputan 5G ini tak semestinya di bandar, di luar bandar juga atau di spot yang penting seperti di dalam universiti, pusat-pusat penyelidikan di Melaka, itu fokus kita," katanya.

Tambah Syed Isa, usaha berterusan sentiasa dilaksana SKMM bagi memastikan capaian liputan jalur lebar lebih meluas dan memudahkan rakyat.

ZEHRA BINTI ZAMBRI