fb fb fb fb fb

Lima terselamat dalam kemalangan kendiri di Sri Aman

Kemalangan kendiri di Kampung Selantik, Sri Aman

SRI AMAN, 13 September - Kemalangan kendiri melibatkan sebuah kereta yang dinaiki lima individu di Kampung Selantik, di sini pada pukul 11.38 pagi tadi berdepan detik cemas.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sarawak, lima individu berkenaan berada di dalam kenderaan tersebut ketika ia terbabas ke bahu jalan.

Semua mangsa berjaya dikeluarkan orang awam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi pada pukul 12.15 tengah hari.

Dua mangsa telah dibawa ke hospital menggunakan jentera EMRS Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), manakala tiga lagi mangsa masih menunggu tindakan lanjut daripada pihak polis dan Kementerian Kesihatan (KKM).

Operasi dikendalikan BBP Sri Aman dengan kekuatan tujuh anggota bersama satu jentera FRT dan satu EMRS.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden ini.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI