CHERAS, 3 Oktober-Lima termasuk seorang kanak-kanak nyaris maut dalam insiden kepala air di Kampung Batu 10, Cheras malam tadi.
Mereka bagaimanapun berjaya diselamatkan pasukan bomba.
Menurut Penolong Bomba Selangor; Ahmad Mukhlis Mukhtar, panggilan kecemasan diterima pukul 9.05 malam .
Sebuah jentera bersama enam pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Hussein Onn dihantar ke lokasi kejadian.
Sebaik tiba,mereka mendapati mangsa sedang terperangkap.
Tangga digunakan bagi membantu mangsa menyeberang sungai.
Semua mangsa yang diselamatkan tidak mengalami sebarang kecederaan.