fb fb fb fb fb

Lima terbunuh dalam runtuhan bangunan di Afrika Selatan

Foto Reuters

GEORGE, 7 Mei - Sekurang-kurangnya lima terbunuh, manakala puluhan lain masih terperangkap selepas sebuah bangunan bertingkat runtuh pada Selasa lalu.

Para penyelamat masih lagi meneruskan pencarian mangsa di celah-celah runtuhan bangunan berkenaan.

Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa melahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga terlibat dan menggesa agar siasatan berhubung insiden dilakukan.

"Siasatan kepada penyebab insiden perlu didedahkan kepada rakyat bagi mengelakkan kejadian serupa berulang", kata Ramaphosa dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabatnya.

Dalam kejadian tersebut, terdapat 26 pekerja pembinaan yang berada di tapak bangunan yang belum siap sebelum runtuhan. Manakala 49 yang lain masih tidak dapat dikesan, kata Perbandaran George dalam satu kenyataan.

"Tiga pasukan penyelamat kini sedang bekerja di tiga kawasan berbeza dalam tapak bangunan runtuh," tambah kenyataan berkenaan.

Foto-foto di tapak runtuhan melalui dron memperlihatkan pekerja penyelamat sedang mengalihkan serpihan runtuhan dalam usaha untuk menyelamatkan mangsa yang masih terperangkap.

"Kami masih menumpukan pencarian di kawasan berkenaan. Kami meneruskan usaha penyelamatan melalui suara mangsa di celah-celah runtuhan", kata Ketua Pengurusan Bencana daerah Cape barat kepada pemberita di lokasi kejadian.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD