fb fb fb fb fb

Lima skim kesihatan dikecualikan waktu bekerja 45 jam

Jururawat dan jururawat masyarakat, antara yang dikecualikan daripada waktu bekerja 45 jam seminggu. - Foto Bernama

PUTRAJAYA, 11 Julai - Lima skim perkhidmatan kritikal di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), diberikan pengecualian daripada pelaksanaan waktu bekerja 45 jam seminggu. Ia melibatkan seramai 82,637 petugas kesihatan.

Menurut kenyataan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), pengecualian itu melibatkan jururawat, jururawat masyarakat, pegawai perubatan di Jabatan Kecemasan, penolong pegawai perubatan dan pembantu perawatan kesihatan.

Keputusan tersebut dibuat selepas kerajaan meneliti secara menyeluruh keperluan operasi dan hakikat tugas kritikal dipikul petugas terbabit, yang secara langsung terlibat dalam usaha menyelamatkan nyawa pesakit.

Langkah ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam menjaga kebajikan serta mendengar suara barisan hadapan sistem kesihatan negara.

TUN JULIA MOHD TAHIR