fb fb fb fb fb

Lima projek baharu RTB diluluskan di Negeri Sembilan

SEREMBAN, 21 September - Sebanyak lima projek baharu rancangan tebatan banjir (RTB) di Negeri Sembilan telah diluluskan oleh kerajaan Persekutuan dan akan mula dilaksanakan seawal hujung tahun ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata apabila siap kesemua projek itu yang dijangka pada 2030 akan dapat menyelesaikan masalah banjir yang sering berlaku di daerah terlibat.

(Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun)

“Lima RTB itu melibatkan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Pedas, Rembau, RTB Sungai Raya dan RTB Sungai Solok di Port Dickson, RTB Sungai Jelai, Kuala Pilah dan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Linggi, Fasa Lima dari Rantau ke Ampangan di Seremban," katanya kepada pemberita, di sini.

Sementara itu, Aminuddin memaklumkan, projek jambatan Sungai Sepang yang menghubungkan Bukit Pelandok, Port Dickson dan Sungai Pelek, Sepang di Selangor juga telah diluluskan kerajaan Persekutuan.

“Kita harap dengan adanya pembinaan projek berkenaan akan dapat merancakkan lagi pembangunan di negeri ini,” katanya.

Media Baharu