fb fb fb fb fb

Lima PATI warga Myanmar cuba menyusup masuk negara

FOTO MARKAS DIVISYEN KEDUA INFANTRI MALAYSIA (2 DIVISYEN)

KUALA NERANG, 28 Mei- Lima orang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditahan di sempadan Malaysia-Thailand selepas cuba memasuki negara ini secara haram, semalam.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam kenyataan memaklumkan, kesemua PATI itu ditahan kira-kira pukul 12.15 tengah hari dalam sektor kawasan tanggungiawab Briged Keenam Infantri Malaysia.

Ketika kejadian, pasukan operasi yang membuat rondaan bermotosikal telah mengesan pergerakan lima individu dalam keadaan mencurigakan di kawasan hutan berhampiran sempadan Malaysia-Thailand.

Hasil pemeriksaan menemukan seorang wanita dan empat lelaki warga Myanmar berusia lingkungan 22 hingga 42 tahun.

Kesemua mereka ditahan kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Turut dirampas, lima buah telefon bimbit, ubat-ubatan dan wang tunai dengan anggaran keseluruhan berjumlah RM3,485.

Kesemua PATI terbabit diserahkan kepada Balai Polis Kuala Nerang untuk tindakan lanjut.

SITI AISHAH MD ISA