GEORGE TOWN, 14 Februari- Lima motosikal didapati terbakar dalam insiden kebakaran di kawasan parkir Apartment Kota Emas dekat Jelutong, malam tadi.
Bagaimanapun, hanya tiga motosikal yang hangus dijilat api, manakala dua lagi hanya terbakar 5 peratus.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata tiada mangsa terlibat dalam insiden berkenaan.
"Laporan kejadian diterima kira-kira pada pukul 9.44 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak bergegas ke lokasi kebakaran.
"Dua unit motosikal yang mengalami kebakaran kecil adalah jenis Honda EX5 dan SYM.
"Manakala baki tiga lagi jenis motosikal yang mengalami kebakaran 90 peratus sedang dikenal pasti.
"Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 11. 03 malam," menurut kenyataan tersebut.