fb fb fb fb fb

Lima kenderaan dihempap pokok di Genting Highlands

FOTO JBPM PAHANG

GENTING HIGHLANDS, 17 September- Lima buah kenderaan rosak teruk selepas dihempap pokok tumbang di belakang Hotel Sri Malaysia di sini petang tadi.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Genting Highlands bersama sebuah jentera digerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 5.23 petang.

Setibanya di lokasi, bomba mendapati lima kenderaan yang diparkir di belakang hotel itu dihempap pokok tumbang.

Bomba menggunakan peralatan khas untuk memotong pokok tersebut.

1709 PHG POKOK HEMPAP KERETA
FOTO JBPM PAHANG

SITI AISHAH MD ISA