KUALA LUMPUR, 17 Januari- Mahkamah Sesyen Selayang melepas dan membebaskan empat ahli lembaga pengarah serta seorang pengurus sebuah syarikat membaiki jentera berat yang didakwa membuang bahan berbahaya ke dalam Sungai Gong, Rawang, lima tahun lalu.
Hakim Nor Rajiah Mat Zin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap empat ahli lembaga pengarah yang juga adik-beradik iaitu Yip Kok Wai, 58; Yip Kok Mun, 63; Yip Kok Kuin, 55; dan Yip Kok Weng, 65, serta pengurus syarikat itu Ho Voon Leong, 64.
Selepas menilai keterangan saksi-saksi pendakwaan, mahkamah mendapati mereka gagal membuktikan kes yang cukup untuk memanggil tertuduh membela diri.
Mahkamah juga memerintahkan agar wang jaminan RM400,000 bagi setiap tertuduh dikembalikan bersama pasport mereka.