fb fb fb fb fb

Lima individu diburu terbabit kes berkaitan kawalan bekalan barang

FB KPDN KELANTAN

KOTA BHARU, 21 November- Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Kelantan memohon kerjasama orang ramai untuk memberikan maklumat mengenai lima individu yang disyaki terlibat dalam kes berkaitan kawalan bekalan barang.

"Lima individu terbabit merupakan warganegara Malaysia dan alamat terakhir di Kelantan. Mereka dikehendaki bagi pertuduhan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi pejabat KPDN Kelantan atau melaporkannya kepada pihak berkuasa dengan segera.

Mereka yang mempunyai maklumat juga boleh menghubungi terus pegawai penyiasat KPDN negeri Kelantan di talian 019-655 6497.

Trainee