fb fb fb fb fb

Liga Super :Jae Hong uji pemain melalui perlawanan persahabatan

Ketua jurulatih Kelantan Darul Naim (KDN) FC, Park Jae Hong / Foto FB Media rasmi Kelantan Darul Naim FC

KOTA BHARU, 24 April -Ketua jurulatih Kelantan Darul Naim (KDN) FC, Park Jae Hong mahu menilai prestasi anak buahnya dalam perlawanan persahabatan menentang Sri Pahang.

Menurutnya, penilaian itu bagi mendapatkan kesebelasan utama pasukannya kelak bagi menghadapi musim ini.

Jelas jurulatih kelahiran Korea Selatan itu, Sri Pahang adalah antara pasukan yang mempamerkan aksi konsisten musim lalu dan beliau menjangkakan perlawanan akan menjadi kompetitif bagi kedua-dua pasukan.

Beliau gembira dapat berdepan dengan pasukan yang baik seperti skuad Tok Gajah sebagai persiapan musim ini.

Terdahulu, Jae Hong diumum sebagai ketua jurulatih skuad Kijang Emas bagi menghadapi saingan Liga Super 2024-2025.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD