fb fb fb fb fb

Letupan alat kelui di Lubnan, tiada rakyat Malaysia terjejas

Foto AFP

PUTRAJAYA, 19 September- Kementerian Luar sedang memantau situasi di Lubnan susulan letupan alat kelui yang berlaku di beberapa lokasi di seluruh negara berkenaan.

Wisma Putra memaklumkan bahawa tiada rakyat Malaysia dilapor terjejas atau terlibat dalam insiden itu.

"Rakyat Malaysia bagaimanapun dinasihat berhati-hati dan mengelak mengunjungi bahagian selatan Lubnan dan mendapatkan maklumat terkini melalui sumber berita yang boleh dipercayai.

"Wisma Putra turut memaklumkan Batalion Malaysia (MALBATT 850) yang ditempatkan di Lubnan berada dalam keadaan selamat dan tidak terjejas oleh insiden berkenaan," menurut kenyataan itu.

Wisma Putra akan terus memberi maklumat terkini bagi memastikan keselamatan semua rakyat Malaysia di Lubnan.

ARTIKEL BERKAITAN: 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM