fb fb fb fb fb

L'Etape Malaysia mulakan kayuhan esok

FOTO HIASAN

MELAKA, 4 Mei- Seramai 3,358 peserta tempatan dan antarabangsa mengesahkan penyertaan edisi ketiga kejohanan berbasikal L'Etape Malaysia oleh Tour de France yang akan bermula di Melaka esok.

Ketua Pegawai Eksekutif MUSE Group Asia, Riduan Matni berkata dua edisi sebelum ini berlangsung di Johor dan kini beralih ke Melaka dalam usaha mengembangkan jenama kejohanan berbasikal amatur berkenaan.

L'Etape adalah acara berbasikal beramai-ramai tahunan yang membolehkan penunggang basikal amatur untuk berlumba di laluan yang sama seperti peringkat Tour de France.

"Pada tahun ini kita merasakan sudah sampai masanya kita buat di luar Johor dan sempena Tahun Melawat Melaka 2024 kita bawa L'Etape ke Melaka,"katanya.

L'Etape Melaka mempertandingkan tiga kategori iaitu 'Elite Wave’ 140 kilometer (km), 'The Race' (140km) dan 'The Ride' (70km).

Selain di Malaysia acara berkenaan pernah dianjurkan di Thailand, Indonesia, Thailand dan Brazil.

Tambahnya lagi ketika ini pihaknya mempunyai perancangan untuk menganjurkan satu lagi kejohanan sama namun negeri penganjur masih di peringkat perbincangan dalam usaha mengembangkan lagi jenama L’Etape ke serata Malaysia.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE