Lesen PSV pemandu e-hailing terlibat gangguan seksual dibatal

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 3 Feb – Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) memandang serius insiden gangguan seksual melibatkan seorang pemandu e-hailing terhadap penumpang di Johor Bahru.

RINGKASAN BERITA AI
  • JPJ membatalkan serta-merta lesen PSV pemandu e-hailing yang terlibat gangguan seksual.
  • MOT arah APAD panggil semua pengendali e-hailing untuk bentangkan pelan peningkatan keselamatan penumpang.
  • MOT tegaskan tidak bertoleransi terhadap gangguan, sokong mangsa dan sokong tindakan polis terhadap pelaku.

Menteri Pengangkutan memaklumkan beliau telah mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) supaya membatalkan lesen Perkhidmatan Kenderaan Awam (PSV) pemandu berkenaan dengan serta-merta.

Menurut kenyataan MOT, tindakan pembatalan lesen tersebut bermakna individu terbabit tidak lagi dibenarkan berkhidmat sebagai pemandu di semua platform e-hailing.

Selain itu, MOT melalui Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) akan memanggil semua pengendali e-hailing, termasuk Grab, bagi membentangkan pelan tindakan penambahbaikan khususnya berkaitan aspek keselamatan penumpang.

“MOT tidak akan bertoleransi dengan sebarang tingkah laku yang mengganggu gugat keselamatan penumpang dan bersedia menyokong mangsa dalam memastikan tindakan polis diambil terhadap pelaku,” menurut kenyataan itu.

Kementerian Pengangkutan menegaskan komitmennya untuk memastikan sistem pengangkutan awam negara kekal selamat, berintegriti dan dipercayai oleh rakyat.

Majlis Konvensyen INFRA rai, tauliah 179 graduan

Artikel Tajaan