(Operasi mencari dan menyelamatkan (SAR)dihentikan selepas mayat mangsa berjaya ditemui/FOTO JBPM)
CAMERON HIGHLANDS, 2 April- Mayat warga emas Orang Asli yang hilang lima hari lalu selepas dihanyutkan arus deras akibat banjir kilat di Kampung Sungai Ubi di sini, ditemukan pada tadi.
Mayat mangsa, Mariam Bertampan, 62, ditemui pada jam 11.45 pagi kira-kira 500 meter dari lokasi dia terjatuh.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
"Operasi mencari dan menyelamatkan (SAR) sebelum ini dihentikan selepas mayat mangsa berjaya ditemui," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
(Mayat seorang wanita Orang Asli yang hilang lima hari lalu selepas dihanyutkan
arus deras akibat banjir kilat di Kampung Sungai Ubi di sini, ditemukan pada Sabtu/FOTO JBPM)
Selasa lalu, pihak bomba dan penyelamat menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada jam 4.50 petang.
Ketika kejadian, hujan lebat berterusan menyebabkan berlakunya banjir kilat di kawasan berkenaan.