fb fb fb fb fb

Lelaki terjun Sungai Dinding ditemukan lemas

(FOTO JBPM PERAK)

SITIAWAN, 21 September- Seorang lelaki yang hilang dijumpai tidak bernyawa dalam keadaan terapung di Sungai Dinding, Jambatan Raja Permaisuri Bainun, di sini, hari ini.

Mangsa berumur 39 tahun itu dipercayai terjun ke sungai berkenaan, malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 9.24 malam semalam.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan digerakkan ke lokasi kejadian.  

Setibanya di lokasi, pihaknya menemukan sebuah kereta tanpa pemilik di kawasan itu.

Operasi mencari dan menyelamat hari ini dijalankan dengan kaedah pencarian di permukaan air di sekitar persisiran Sungai Dinding.

Mayat lelaki tersebut ditemukan terapung pada pukul 12.10 tengah hari dengan jarak 1.5 Kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. 

(FOTO JBPM PERAK)

Media Baharu