fb fb fb fb fb

Lelaki maut tersepit, kereta dinaiki kemalangan dengan lori

FOTO BOMBA

SITIAWAN, 30 Mei- Seorang lelaki maut selepas tersepit dalam kemalangan jalan raya membabitkan kereta yang dipandunya dengan sebuah lori di depan Dewan Batu 8, Lekir, di sini, Perak, pagi tadi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II KUP Husni Syawal Ismail berkata, mangsa, 25, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dalam nahas sekitar pukul 6.14 pagi.

Bomba mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Operasi berkenaan membabitkan 19 anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Manjung dan BBP Sitiawan bersama dua buah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

SITI AISHAH MD ISA