
BINTANGOR, 11 Februari – Seorang lelaki tempatan berusia 24 tahun maut selepas motosikal yang ditungganginya dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar penghadang jalan dalam kejadian di Kilometer 476.3 Jalan KJD (Pan Borneo), awal pagi tadi.
- Lelaki tempatan 24 tahun maut selepas motosikal dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke penghadang jalan di Kilometer 476.3 Jalan KJD.
- Keadaan berlaku kira-kira pukul 5.00 pagi, mangsa disahkan meninggal di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Klinik Bintangor.
- Kemalangan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
- Orang ramai dengan maklumat diminta hubungi Insp. Mohd Zainal di 084-693222 atau mana-mana balai polis.
Ketua Polis Daerah Meradong, Timbalan Penguasa Polis DSP Tansli Mering berkata, kemalangan kira-kira pukul 5.00 pagi itu dipercayai berlaku apabila mangsa masuk ke bahu kiri jalan sebelum melanggar penghadang jalan.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Klinik Bintangor akibat kecederaan parah,” katanya dalam satu kenyataan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Insp. Mohd Zainal Abdul Ghafar di talian 084-693222 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.