fb fb fb fb fb

Lelaki maut selepas kereta dinaiki terjunam dalam sungai

Foto RTM

POKOK SENA, 3 Oktober-Seorang lelaki maut,manakala seorang wanita cedera selepas kereta yang dinaiki hilang kawalan lalu terjunam ke dalam sungai pagi tadi.

Komander Operasi Pegawai Kanan Bomba dan Penyelamat Kedah Dua, Izahar Ismail berkata kemalangan berlaku berdekatan Kg Baru Telaga Mas, Pokok Sena, Kedah kira -kira pukul 10:25 minit pagi.

Menurut Izahar,  sebuah jentera bomba bersama lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat Pokok Sena bergegas ke lokasi kejadian sebaik dihubungi.

Sebaik tiba, mangsa wanita berusia 20 an berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung.
 
Mayat mangsa yang maut di lokasi kejadian berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba.
 
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk proses bedah siasat, manakala mangsa yang cedera dihantar ke hospital yang sama untuk mendapatkan rawatan lanjut.
 

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD