fb fb fb fb fb

Lelaki maut rempuh pokok di bahu jalan

FOTO BOMBA PULAU PINANG

BUKIT MERTAJAM, 4 April- Seorang lelaki maut selepas kereta dinaikinya terbabas dan merempuh sebatang pokok di bahu jalan di Jalan Kubang Semang-Penanti, di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 2.30 petang.

Seramai tujuh anggota termasuk penyelia dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penanti kemudian dikejarkan ke lokasi kemalangan.

Sebaik tiba, bomba mendapati mangsa, Musa Ali, 57, tersepit di tempat duduk pemandu.

Mangsa berjaya dibawa keluar kira-kira pukul 3.55 petang, namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan akibat kecederaan parah.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Bukit Mertajam bagi bedah siasat dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

0404 PP LELAKI MAUT AKIBAT KEMALANGAN JALAN RAYA 2
FOTO BOMBA PULAU PINANG

SITI AISHAH MD ISA