
- Mangsa dikenal pasti sebagai Jonathan Chin Ching Ming, 31 tahun.
- PGO Bomba memaklumkan panggilan kecemasan diterima pada pukul 8.35 pagi; tujuh anggota BBP Serian digegaskan ke lokasi.
- Mangsa tersepit di tempat duduk pemandu, dikeluarkan dengan peralatan khas dan disahkan meninggal di lokasi; mayat diserahkan polis.
SERIAN, 29 Mac – Seorang lelaki maut dalam kemalangan kendiri di Jalan Datu Michael Ben, pagi tadi.
Mangsa dikenal pasti sebagai Jonathan Chin Ching Ming, 31 tahun.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.35 pagi sebelum tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian digegaskan ke lokasi.
Menurut kenyataan PGO, setibanya di lokasi kejadian, mangsa didapati tersepit di tempat duduk pemandu kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya.
“Pasukan Keluaran Operasi menjalankan kerja-kerja menyelamat menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa.
“Mangsa berjaya dikeluarkan, namun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” menurut kenyataan itu.
Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.