fb fb fb fb fb

Lelaki maut dihempap jengkaut

Foto RTM

PENGKALAN HULU, 2 Julai-Seorang lelaki maut selepas sebuah jengkaut terbalik di tepi lereng bukit di Lombong Bijih Timah Rahman Hydraulic, Klian Intan, di sini.

Mangsa Lum Kok Hon, 56 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Mohd Rizal Sazali, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 11.53 pagi tadi.

Mangsa disahkan maut oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) selepas kerja-kerja menyelamat dilaksanakan.

Operasi menyelamat tamat pukul 3.15 petang. 

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD