fb fb fb fb fb

Lelaki maut digilis lori simen di Kuching

Foto PDRM

KUCHING, 11 September - Seorang penunggang motosikal maut selepas digilis sebuah lori simen di Jalan Tun Jugah, Kuching, pagi semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Alexson Naga Chabu, mangsa, seorang lelaki berumur 60 tahun yang bergerak selari dengan lori terbabit telah bergesel di bahagian kiri kenderaan berat itu.

"Mangsa hilang kawalan dan terjatuh ke bawah lori berkenaan sebelum digilis.

"Mangsa disahkan meninggal di tempat kejadian oleh pasukan perubatan akibat kecederaan parah di kepala," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41, (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya sehingga menyebabkan kematian.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM