fb fb fb fb fb

Lelaki maut dibaham buaya di Miri

FOTO BOMBA

MIRI, 22 April- Mayat seorang lelaki di Sarawak ditemukan tidak sempurna akibat dibaham buaya di Sungai Kuala Baram di sini, semalam.

Operasi mengambil mayat lelaki berusia lingkungan 60 tahun itu dijalankan oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong, sekitar pukul 4.29 petang.

Ketua BBP Lutong, Pegawai Bomba Tinggi (PBT) II, Henry Jugah berkata, mayat mangsa dijumpai dalam keadaan meniarap tanpa kedua-dua belah tangan dan kaki.

Terdapat kesan gigitan buaya di muka dan belakang mangsa, menurut laporan.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut.

SITI AISHAH MD ISA