BALING, 1 Januari- Seorang pemuda maut dalam nahas dua kenderaan, membabitkan kereta dan treler di Lebuhraya Baling-Kulim, pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Baling, Penolong Penguasa Bomba Mohd Jamil Mat Daud berkata, mangsa, Muhammad Shafizuddin Mohd Shafie, 23, yang tersepit di tempat duduk pemandu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Pihak bomba menggunakan peralatan power unit rescue bagi mengeluarkan mangsa.
"Mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya menerusi kenyataan.