fb fb fb fb fb

Lelaki lemas ketika berkelah di Air Terjun Lata Bayu

Foto RTM

BALING, 13 Mei -Kegembiraan sekumpulan lelaki yang berkelah di Air Terjun Lata Bayu di sini bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka ditemui lemas, pagi tadi.

Mangsa, Muhammad Luqman Zuraidi, 27 tahun, ditemukan lemas di kawasan air terjun berkenaan oleh pasukan Bomba ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Ketua Polis Daerah Baling, Supritendan Shamsudin Mamat berkata operasi mencari dan menyelamat dimulakan pukul 10 pagi tadi melibatkan 55 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Unit Anjing Pengesan (K9) PDRM, JBPM, Angkatan Pertahanan Awam dan Jabatan Sukarelawan Malaysia.

Mayat mangsa ditemukan unit selam Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) kira-kira 15 meter dari kawasan mangsa dilaporkan hilang.

Shamsudin berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Kulim untuk bedah siasat.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD