fb fb fb fb fb

Lelaki kurang siuman mengamuk atas kontena

(Pasukan bomba meletakkan jentera di sebelah lori kontena bagi memudahkan polis menahan lelaki dipercayai tidak siuman/Foto JBPM Selangor)

KLANG, 5 Mac- Seorang lelaki tidak siuman dilaporkan mengamuk di Taman Meru Indah di sini, seperti yang tular di media sosial pada Sabtu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, panggilan berhubung kejadian diterima pada jam 11. 07 pagi

"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar ke lokasi kejadian dan sebaik tiba di lokasi itu, lelaki berkenaan didapati berada di atas lori kontena.

"Anggota bertugas meletakkan jentera bomba bersebelahan lori kontena tersebut bagi memudahkan pihak polis menahan lelaki berkenaan.

"Kira-kira 14 minit masa diambil bagi mengawal keadaan sebelum operasi ditamatkan pada jam 11.29 pagi, " katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Pada video tular berdurasi 29 saat tersebut memaparkan pasukan penyelamat berusaha membawa turun mangsa tidak dikenal pasti identiti tersebut yang berada di atas jentera bomba.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit pada jam 10.58 pagi.

"Polis menerima maklumat menyatakan ada individu dipercayai tidak siuman, berada di atas sebuah lori kontena.

"Polis bergegas ke lokasi dan berjaya menangkap lelaki itu dengan bantuan pihak bomba.

"Lelaki terbabit kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini, untuk menerima rawatan," katanya.

Media Baharu