fb fb fb fb fb

Lelaki ketika cari lokan ditemukan meninggal dunia

KUCHING, 21 Oktober - Seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak semalam selepas keluar mencari lokan ditemukan meninggal dunia pada awal pagi tadi di muara Kampung Terusan Jaya, Sematan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lundu, Muhamad Hazijul Abdul Mujun, mengesahkan mangsa, Mohamad Nazratul Kamil, 26, ditemui penduduk kampung pada pukul 1.49 pagi, kira-kira satu kilometer dari lokasi terakhir mangsa dilihat.

"Mayat mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap, dengan tubuh yang masih sempurna tanpa kesan gigitan reptilia air,'' katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mangsa dipercayai lemas akibat dibawa arus ketika cuba menyeberangi sungai pada petang semalam.

Mayat telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. 

GRACE AISYAH KEDAYAN