fb fb fb fb fb

Lelaki hilang selepas keluar mencari kerang

Anggota bomba ketika melakukan operasi pencarian di pesisiran pantai mengesan pemuda yang disyaki hilang sejak petang semalam selepas keluar mencari kerang di Pantai Tenglu Laut, Mersing/ Foto: JBPM

MERSING, 4 Mei- Seorang lelaki dipercayai hilang selepas keluar mencari kerang di sekitar Pantai Tenglu di sini sejak petang semalam.

Mangsa, Hafiz Nursalam Ahmad, 21, dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak petang semalam sebelum pihak keluarga membuat aduan kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan pemuda itu pada pukul 12.55 malam tadi.

“Mangsa adalah orang Mersing dan selalu mencari kerang di kawasan berkenaan. Keluarga mangsa ada mencari mangsa di lokasi selepas mangsa tidak balik ke rumah namun hanya menjumpai motosikal dan selipar mangsa.

“Ekoran itu operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa telah digerakkan hari ini pada pukul 8 pagi tadi,” katanya.

Beliau berkata SAR menggunakan sebuah FRT, sebuah pacuan empat roda, sebuah bot dan sembilan anggota bomba digerakkan ke lokasi kejadian bagi misi penyelamatan.  

Ujarnya operasi pencarian melibatkan kawasan laut selain pencarian juga dilakukan di kawasan pesisiran pantai.

ZEHRA BINTI ZAMBRI