fb fb fb fb fb

Lelaki hilang ketika menyeberang Sungai Buan ditemukan sudah tidak bernyawa

FOTO JBPM SARAWAK

KANOWIT, 14 Januari- Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas berenang menyeberangi Sungai Buan, Ngemah Kanowit ditemukan mati lemas hari ini.

Mayat mangsa, Mohamad Hamizan Reduan, 25 tahun ditemukan pukul 11.34 pagi oleh pasukan mencari dan menyelamat pada jarak tiga meter dari lokasi mangsa dilaporkan tenggelam.

Mayat ditemui Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) yang melakukan selaman di lokasi kejadian.

Mayat mangs kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Dalam kejadian petang semalam, mangsa yang bekerja sebagai penyelenggara elektrik dilihat berenang ke seberang sungai untuk balik ke rumah sewanya.

Mangsa dilaporkan hilang dari pandangan ketika berada di tengah-tengah sungai.

Sementara itu, di Miri, seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun dikhuatiri lemas semasa mandi bersama tiga lagi rakannya di Pantai Batu Satu, Kuala Baram, petang semalam.

Setakat pukul 4.30 petang tadi, operasi mencari dan menyelamat masih gagal menemukan pelajar tersebut.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lutong, Henry Jugah, remaja berkenaan dikenali sebagai Mohammad Iqbal Khairul Hisyam.

Operasi hari ini melibatkan kawasan pencarian sehingga tiga kilometer ke hulu dan hilir dari Pusat Kawalan Operasi.

Pencarian turut diperluas ke kawasan laut dan di daratan.

Terdahulu pihak bomba menerima laporan mengenai kejadian tersebut pukul 6.40 petang semalam.

Dalam kejadian itu, pelajar tersebut gagal diselamatkan rakannya selepas dibawa ombak dan arus deras.

 

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE