KOTA BHARU, 29 Januari- Mayat seorang lelaki ditemukan di persisiran Pantai Kuda, Kota Bharu.
Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kota Bharu Che Mazlan Mohamad berkata pihaknya menerima panggilan untuk bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil mayat pada pukul 09.08 malam di Pulau Dollah.
Beliau berkata hasil pengecaman melalui pakaian oleh keluarga mangsa mendapati mayat tersebut adalah mangsa yang hilang di Sungai Jambatan Tendong pada 15 Januari lalu.
"Bertindak atas maklumat, empat orang anggota bersama sebuah bot aluminium dari Balai Bomba Dan Penyelamat Kota Bharu telah digerakkan ke lokasi kejadian", katanya menerusi hantaran facebook JBPM Kelantan.
"Pihak PDRM turut memanggil keluarga mangsa bagi menjalankan proses pengecaman terhadap mayat tersebut.
Kerja-kerja mengambil mayat telah dilakukan oleh anggota Bomba dan diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya.