fb fb fb fb fb

Lelaki hilang di Empangan Ai, ditemukan lemas

Foto RTM

LUBOK ANTU, 5 Oktober - Lelaki yang hilang ketika mandi di Empangan Batang Ai, dekat sini, petang tadi ditemukan lemas.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Betong, Abang Muhammad Fhazil Abang Abdul Manaf mengesahkan, mangsa, 36 tahun, ditemukan dalam keadaan tertiarap di dasar tasik empangan itu pada kedalaman lima meter.

Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) hanya mengambil masa 10 minit bagi mengesan mangsa dikenali sebagai "Budak Tom".

Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis bagi tujuan bedah siasat.

Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 7.30 malam.

Mangsa dipercayai lemas ketika mandi bersama kawan-kawannya di kawasan berhampiran jambatan gantung Hidro Batang Ai.

EMMI NORALIZA ADNAN