KOTA BAHRU, 4 April- Seorang lelaki berusia lingkungan 30-an berjaya diselamatkan daripada cubaan terjun dari Jambatan Sultan Yahya, sini, pagi tadi.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada pukul 9.48 pagi.
Berdasarkan maklumat itu, 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Darul Naim dengan diketuai oleh Komander Operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB) (KUP) Ahmad Fakarudin Berahim bersama jentera digegaskan ke lokasi kejadian.
Setibanya di lokasi, mangsa telah diselamatkan oleh orang awam dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.