fb fb fb fb fb

Lelaki cedera, treler terbabas masuk gaung

Foto Bomba Zon 5 Bintulu

BINTULU, 12 September- Seorang lelaki mengalami kecederaan selepas treler dipandunya hilang kawalan dan terbabas ke dalam gaung berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Kem Batu 18 di Jalan Bintulu-Miri semalam.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Zon 5 Bintulu, Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata mangsa dikenali Wong Siu Nan; berusia 40 tahun.

"Pasukan bomba memberikan rawatan awal sebelum mengeluarkan mangsa di tempat duduk pemandu menggunakan 'stretcher'.

"Mangsa telah diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut," katanya menerusi kenyataan.

Operasi menyelamat turut dibantu oleh pihak polis dan KKM.

Tambahnya, mangsa dilaporkan stabil, manakala punca kemalangan masih dalam siasatan.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM