fb fb fb fb fb

Lelaki cedera parah jatuh di Landasan LRT Subang Alam

FOTO Bomba Selangor

KUALA LUMPUR, 4 Julai- Seorang lelaki cedera parah di bahagian kepala selepas terjatuh di landasan Transit Aliran Ringan (LRT) Subang Alam pada pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor menerima panggilan kecemasan pada 8.07 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian. 

"Setiba di lokasi pada 8.16 pagi mendapati mangsa lelaki berusia 27 tahun telah dibawa naik daripada landasan oleh orang awam selain mengalami kecederahan parah di bahagian kepala. 

"Mangsa kemudian telah diberikan rawatan awal oleh Perkhidmatan Penyelamat Perawatan Kecemasan (EMRS) sementara menunggu pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia tiba" menurut kenyataan JBPM Selangor.

Operasi menyelamat dengan kekuatan lapan anggota JBPM serta seorang pegawai EMRS diketuai Komander Operasi Kanan, Mohamad Alifi Mohd Zakaria telah ditamatkan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE