fb fb fb fb fb

Lelaki Bangladesh maut dilanggar kereta

Foto RTM

KUALA TERENGGANU, 20 Februari - Seorang lelaki warga Bangladesh maut, dilanggar sebuah kereta ketika melintas jalan di berhampiran Jambatan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.
 
Dalam kejadian pada malam Isnin itu, mangsa dikenali sebagai Mustoffa Molla meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintenden Wan Mohd. Zaki Wan Ismail, berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menaiki basikal datang dari arah Kampung Padang Hiliran cuba menyeberangi jalan dengan tergesa-gesa.
 
Insiden berlaku selepas kereta berkenaan gagal memberhentikan kenderaannya sebelum melanggar mangsa.
 
Akibatnya, mangsa tercampak beberapa meter sebelum disahkan meninggal dunia kerana cedera parah.
 
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk tindakan lanjut.
 
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
 

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD