GEORGE TOWN, 14 Disember - Sebuah keluarga di sini dikejutkan dengan kehadiran seekor ular tedung selar kira-kira pukul 10.55 malam semalam ketika sedang leka menonton televisyen.
Ia disedari selepas terdengar bunyi sesuatu dan selepas mendekati objek tersebut, ia sebenarnya ialah seekor ular sedang berehat.
Ketua Skuad Charlie, Angkatan Pertahanan Awam (APM) Timur Laut Yeoh Hock Hing kejadian berlaku selepas hujan lebat malam tadi.
"Ketika kita sampai di lokasi kita nampak ular ada di bawah meja, ular memang agresif tetapi kita berjaya juga tangkap ular tersebut dan bawa ke pangkalan APM. Ular itu anggaran panjang 13 kaki.
Seorang lelaki yang dipercayai pemilik rumah terbabit meminta bantuan untuk mengeluarkan reptilia itu dari rumahnya dan pasukan APM berjaya menangkap ular itu dengan menggunakan peralatan khas," kata Yeoh Hock Hing.