KUALA LUMPUR, 8 September - Sebanyak RM281.9 juta diperuntukkan bawah projek kecil BP.1 bagi tempoh 2024 hingga 2025, melibatkan 1,730 projek kemudahan awam, termasuk taman awam di seluruh negara.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, peruntukan tersebut disalurkan melalui Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) kepada 156 pihak berkuasa tempatan (PBT).
Beliau memberitahu peruntukan tersebut dibahagikan kepada empat skop utama iaitu infrastruktur, kemudahan awam, sosio-ekonomi dan keselamatan.
Jelasnya, permohonan yang dikemukakan bagi skop kemudahan awam.
Termasuk, menaik taraf atau menyelenggara tandas awam, dewan serbaguna dan kemudahan rekreasi.
Kor Ming berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Mustafa Musa di Dewan Negara
Tambah beliau, 3 syarikat konsesi dilantik bagi kerja-kerja pembersihan awam di negeri yang menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).
Manakala, bagi negeri yang tidak menerima pakai Akta 672, tugas tersebut terletak di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT).