KUANTAN, 31 Julai - Peruntukan sebanyak RM40 bilion untuk sektor kesihatan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), bagi mengurangkan perbelanjaan rakyat dalam perkhidmatan penjagaan kesihatan, disambut baik masyarakat.
"Memang bagus sebab banyak rakyat yang tak mampu dari segi perubatan, jadi kalau kerajaan membantu, syukur Alhamdulillah", kata seorang peniaga, Rosnah Tarib.
"Cukup bagus sebab golongan B40 ni kumpulan sasaran yang sangat besar, jadi pengumuman PM tu dapat mengurangkan beban mereka", kata Ali Abdul Razak, yang juga seorang peniaga.
“Setuju kerajaan nak mengurangkan kos perkhidmatan kesihatan sebabnya tak semua rakyat berkemampuan dan perkhidmatan kesihatan ini adalah penting", kata pekerja swasta, Nurul Aisyah Maseri .
Datuk Seri Anwar juga mengumumkan projek pembinaan serta naik taraf hospital dan klinik daif akan dipertingkat bagi menyediakan perkhidmatan kesihatan yang lebih baik kepada rakyat.