fb fb fb fb fb

Lebih banyak PPS di Kelantan dijangka tutup

Keadaan banjir di Kelantan

PASIR MAS, 22 Disember- Lebih banyak pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan dijangka tutup menjelang tengahari ini berikutan cuaca baik sejak beberapa hari lalu.

Setakat pukul 11.00 pagi tadi, jumlah penduduk terjejas banjir yang berlindung di lapan buah PPS sekitar jajahan Pasir Mas ialah seramai 2,096 orang.

Laman Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan, penduduk ditempatkan di "PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Gual To’ Deh kekal tertinggi iaitu seramai 777 orang, ia diikuti PPS SMK Gual Periok (492), Masjid Padang Licin (258), SMK Barol Pial (254) dan SK Sri Kiambang (152)."

Manakala selebihnya berada di PPS SK Gual Tinggi, SMK Gual Periok serta SK Kedai Tanjong.

Sementara itu, paras bacaan air Sungai Golok di Rantau Panjang terus merekodkan penurunan namun masih berada pada paras amaran iaitu 8.13 meter.

Manakala paras air Sungai Golok di Kuala Jambu pula dicatatkan berada pada paras waspada iaitu 2.2 meter.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI