fb fb fb fb fb

Lebih banyak pengecas EV jenis arus terus akan dipasang - Tengku Zafrul

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz

IPOH, 13 Julai - Lebih banyak pengecas kenderaan elektrik (EV) jenis arus terus (DC) akan dipasang bagi menangani isu kebimbangan yang dihadapi pengguna kenderaan itu untuk perjalanan jauh.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata pada masa sama beliau yakin sasaran pemasangan 10,000 stesen pengecas EV dapat dicapai menjelang tahun hadapan.

Melihatkan kepada perkembangan semasa dan hasil mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berjaya mengurangkan birokrasi melibatkan pelbagai agensi.
 
Beliau mahu sasaran agresif tersebut diteruskan dengan beberapa langkah penambahbaikan.
 
"Mungkin sasaran yang saya suruh kaji semula ialah Pengecas Arus Terus (DC)kita. Ia ada 'AC charger' dengan 'DC charger'. Mungkin DC charger ini kita perlu perbanyakkan lagi. Tetapi jumlah t10,000 itu saya rasa kalau kita betul-betul fokus boleh berjaya kita capai sasaran tersebut," kata Zafrul.
 
Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Ipoh Barat di Bangunan UMNO Negeri Perak.
 
Sebelum ini cadangan untuk mengkaji semula sasaran 10,000 EV turut dibangkitkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa EV Kebangsaan (NEVSC) memandangkan tempoh akhir sasaran tersebut yang semakin singkat.

TETITIA YUSOFF