fb fb fb fb fb

Lebih 93,000 permohonan menerusi Program MEKAR - JPN

Tuan Badrul Hisham Alias

KOTA BHARU, 31 Mac- Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menerima lebih 93,000 permohonan berkaitan urusan kad pengenalan serta pendaftaran kelahiran dan kematian menerusi Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) sejak tahun 2020 hingga 15 Mac lalu.

Ia melibatkan sebanyak 5,273 pelaksanaan program MEKAR dan hampir 43,000 khidmat nasihat berkaitan program itu.

Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Tuan Badrul Hisham Alias berkata, inisiatif itu bagi memberi kemudahan kepada orang kurang upaya (OKU), warga emas, pesakit terlantar dan mereka yang tinggal di kawasan pedalaman.

"Kita di JPN kita dah  klifikasikan kita ada mekar ehsan mekar komuniti mekar idengtiti mekar pahlawan mekar despora ini alah produk kita," katanya selepas Program MEKAR Santuni kasih Warga Emas di Rumah Seri Kenangan (RSK), di sini.

Program itu merupakan pendekatan proaktif JPN dalam memastikan setiap penduduk di negara ini yang layak menerima dokumen pengenalan diri yang sah.

Ia sekali gus membolehkan mereka menikmati pelbagai kemudahan yang ditawarkan oleh pihak Kerajaan.

JPN terus komited dalam menjalankan aktiviti turun padang bagi memberi perkhidmatan terus kepada masyarakat semasa di lapangan tanpa mengira latar belakang, usia serta faktor muka bumi.

Pihaknya turut mengalu-alukan komuniti tempatan yang mempunyai kesukaran bagi mengemas kini dokumen pengenalan diri supaya memaklumkan kepada JPN bagi menjalankan program MEKAR di kawasan mereka.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI