fb fb fb fb fb

Lebih 800 hadir Program JIWA Komuniti MADANI @ Karnival Kesihatan Mega

Foto FB Chow Kon Yeow

GEORGE TOWN, 28 Julai- Program JIWA Komuniti MADANI @ Karnival Kesihatan Mega yang berlangsung di Padang Kota pagi tadi menonjolkan penglibatan masyarakat mengenai kepentingan kesihatan.

Kehadiran lebih 800 individu pada karnival itu hanya dalam tempoh beberapa jam membuktikan tahap kesedaran rakyat negeri tersebut tentang kesihatan agak menyerlah.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata program bagi memperkasakan komuniti untuk menjaga dan membentuk inisiatif ke arah kesihatan lebih baik.

"Kita di Pulau Pinang memang sentiasa menganjurkan program kesedaran di merata tempat bersama dengan persatuan-persatuan penduduk dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam memainkan peranan sebagai penggerak komuniti kesihatan," katanya kepada pemberita di sini.

Terdahulu, Kon Yeow merasmikan karnival berkenaan yang berlangsung di Padang Kota bersempena Sambutan Hari Warisan Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Padang Kota.

Karnival kesihatan dengan kerjasama badan-badan swasta itu turut menyediakan pemeriksaan kesihatan asas secara percuma kepada kumpulan terpilih.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM