fb fb fb fb fb

PADU: Lebih 8,000 warga KKDW telah mendaftar setakat 2 Februari

Foto hiasan

PUTRAJAYA, 8 Februari - Sebanyak 8,173 atau 33.4 peratus profil telah didaftarkan dalam Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) sehingga 2 Februari lalu.

Jumlah itu daripada keseluruhan 24,471 jumlah perjawatan di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan agensi di bawahnya.

Justeru Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru seluruh warga KKDW memberikan kerjasama dan menterjemahkan kebersamaan di dalam setiap inisiatif kerajaan dengan menyegerakan pengemaskinian dalam sistem PADU bagi mencapai 100 peratus pendaftaran pertengahan bulan ini.

"Saya tekankan mengenai perkara ini kerana YAB Perdana Menteri semasa Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) bulan lalu telah meminta supaya semua penjawat awam mengemaskini maklumat dan data dalam sistem PADU selewat-lewatnya sebelum 15 Februari 2024.

"Kalau kita sendiri sebagai penjawat awam tidak menyokong inisiatif kerajaan, bagaimana kita mahu mengharapkan agar rakyat Malaysia keseluruhannya dapat melakukan perkara yang sama", katanya.

Beliau berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan KKDW di Putrajaya.

ROSLINA BINTI DIN