fb fb fb fb fb

Lebih 7,000 notis pelbagai kesalahan dikeluarkan JPJ sempena Aidilfitri

Foto hiasan

JOHOR BAHRU, 2 April- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 7,473 notis iaitu 25 peratus membabitkan pelbagai kesalahan di seluruh negara, sepanjang pelaksanaan Ops Khas Hari Raya Aidilfitri 2024 yang bermula semalam.

Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ Datuk Lokman Jamaan berkata, sebanyak 29,760 kenderaan pelbagai jenis diperiksa sepanjang tempoh itu.

Sebanyak RM300 kompaun maksimum akan dikenakan tanpa diskaun terhadap sembilan kesalahan utama, termasuk memotong di garisan berkembar, memandu di lorong kecemasan dan menggunakan telefon bimbit.

Seramai 2,000 anggota bertugas dari 16 hingga 24 jam selama 20 hari pelaksanaan operasi tersebut.

"Saya ingin mengingatkan orang awam biarlah bersama-sama dengan kita JPJ, menjadi mata dan telinga JPJ untuk melaporkan sebarang aduan terhadap kesalahan-kesalahan jalan raya.

"Ambil gambar mereka laporkan kepada kami menerusi Aplikasi MyJPJ e-aduan@jpj atau emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. Jadi saya minta orang ramai bekerjasama dengan kita bagi memastikan kelancaran keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya terutamanya ketika musim perayaan ini," katanya kepada pemberita dalam sidang media Ops Khas Raya Aidilfitri 2024 di sini.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI